
PINCER sebuah Ekosistem Teknologi Yang Lengkap untuk Membina Bisness Yang Innovatif dan Kreatif di Negeri Perak
PINCER adalah sebuah pusat sumber teknologi yang dibangun oleh PKNP di bawah projek Perak Hi-Tech Park (PHTP). Kini ianya telah bersedia untuk menawarkan khidmat dalam bidang rekabentuk produk (Product Design) dan kandungan kreatif untuk usahawan dan industri setempat di Negeri Perak, Negara dan Antarabangsa. Ia bakal menjadi pemangkin kepada pertumbuhan beberapa kluster industri yang telah di kenal pasti di Negeri Perak seperti industri BioD dan Bioteknologi.
PINCER adalah satu-satunya pusat yang menawarkan sumber teknologi dan kepakaran dalam dua aktiviti asas industri secara bersepadu dan setempat; iaitu dalam Rekabentuk (Design) untuk bidang “INNOVASI” dan Kandungan Kreatif (Creative Content) dalam bidang “KREATIF”
Objektif PINCER adalah seperti berikut:
a) Memperluas dan menambah nilai industri-industri yang sedia-ada di Negeri Perak dengan menggunakan innovasi dan kreatif sebagai pemangkin serta agen pemudah.
b) Mengujudkan bisness-bisness baru berasaskan Innovasi dan Kreatif di Perak.
c) Mempercepatkan kesediaan Negeri Perak untuk terlibat di dalam industri Kandungan Kreatif dan Rekabentuk termasuk menjadi pusat pengeluaran rekabentuk dan kandungan kreatif antarabangsa.
d) Mengambil peluang di atas kekayaan budaya, seni serta warisan sejarah Negeri Perak dengan mengeluarkan produk kandungan kreatif dan rekabentuk yang bercita-rasa tempatan tetapi bertaraf dunia.
e) Menafaatkan pembangunan kepakaran, modal insan serta kemudahan-kemudahan infrastruktur yang ujud secara terbaik.
f) Penyambung di antara kreativiti masyarakat setempat dengan teknologi dan pasaran (tempatan dan antarabangsa) untuk tujuan yang memberi kebaikan serta pulangan untuk semua.
Untuk mencapai objektif-objektif diatas ciri-ciri utama PINCER adalah seperti berikut:
a) Direkabentuk mengikut piawai antarabangsa tetapi dalam saiz sederhana.
b) Berskala besar dalam beberapa sistem disamping walaupun kecil tetapi memenuhi kehendak ekosistem industri Kandungan Kreatif dan Rekabentuk dalam sistem yang lain.
c) Pusat yang relevan dan memenuhi kehendak industri Kandungan Kreatif dan Rekabentuk.
d) Menjadi perantara di antara rekabentuk dengan pasaran komersil (Design-to-Commercial).
e) Menjadi penghubung di antara usahawan tempatan dengan pasaran tempatan dan antarabangsa.
f) Berhasrat untuk mengeluarkan pakar serta usahawan di dalam bidang Creative Production dan Creative Creation.
Seluruh warga PKNP dan pihak pihak yang terlibat dalam membangunkan PINCER amatlah berbesar hati dengan Lawatan Kerja dan ”Soft Launching” yang dibuat oleh Y.A.B Dato Dr. Zambry bin Abd. Kadir ke PINCER serta memohon restu dan pertolongan Allah SWT agar usaha ini mencapai matlamat dan tujuan yang telah ditetapkan.

No comments:
Post a Comment